Sunday, November 8, 2015

PPRMCS 1st AGM


Salam Pengakap Raja!

Sila ambil maklum bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia Cawangan Sabah (PPMRCS) akan diadakan pada tarikh, masa, tempat, pakaian dan yuran seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 14 November 2015 (Sabtu)
Masa : 1:30 petang (Mula Pendaftaran) - 5:30 petang
Tempat : Rumah B.P., Kota Kinabalu
Pakaian : Pakaian Seragam (Bagi mereka yang masih berkhidmat)/Pakaian kemas (Bagi mereka yang tidak berkhidmat)
Yuran : RM15.00

Agenda Mesyuarat Agung Tahunan :
  1. Pendahuluan
  2. Laporan Aktiviti
  3. Laporan Kewangan
  4. Membahaskan Usul-usul
  5. Pemilihan Ahli Majlis PPRMCS
  6. Pemilihan Pemeriksa Kewangan
  7. Lain-lain Hal
Pemilihan Ahli Majlis PPRMCS termasuk:
  1. Pengerusi
  2. Timbalan Pengerusi
  3. Naib-naib Pengerusi
  4. Setiausaha
  5. Penolong Setiausaha
  6. Bendahari
  7. 5 Ahli Majlis yang dipilih
Sila ambil maklum bahawa hanya ahli PPRMCS yang berdaftar sahaja boleh mengundi. Anda boleh membayar terus yuran ahli PPRMCS sewaktu pendaftaran nanti iaitu seperti berikut:
  • RM50 - Yuran Ahli Baru & Yuran Tahunan (Bagi ahli baru); atau
  • RM15 - Memperbaharui Yuran Tahunan (Bagi ahli sedia ada sekiranya belum memperbaharui Yuran ahli)
Sasaran kita adalah untuk mendapatkan kehadiran sekurang-kurangnya 50 Pengakap Raja agar pemilihan adalah sah. Oleh itu kerjasama dari tuan-tuan dan puan-puan amat dialu-alukan bagi memajukan perkara ini kepada Pengakap-Pengakap Raja yang lain.

Segala kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

AHMED TARIQ DATUK ARIPEN
Pengerusi Protem

Dear fellow King Scouts!

This is to inform that the first Annual General Meeting of PPRMCS will be held on the following date, time, venue, dress code and fees:

Date : 14 November 2015 (Saturday)
Time : 1:30PM (Start Registration) to 5:30PM
Venue : B-P House, Kota Kinabalu
Dress code: Uniform (For those still in service)/ Smart casual (For those not in service)
Fees : RM15:00

AGM Agenda:

  1. Introduction
  2. Activity Report
  3. Financial Report
  4. Motion for Discussion
  5. Election of Council Members
  6. Appointment of Auditors
  7. Any other business
The election of Council Members include:

  1. Chairperson
  2. Deputy Chairperson
  3. Vice Chairpersons
  4. Secretary
  5. Assistant Secretary
  6. Treasurer
  7. 5 Elected Council Member
Please be informed that only PPRMCS members can cast their votes. You can pay your membership dues during the registration of the AGM as follows:

  • RM50 - New Registration & Annual Registration; or
  • RM15 - Annual Registration (For existing members only who has not renew the membership fee)
We are targeting to have AT LEAST 50 KING SCOUTS for the election to be acknowledged. As such your cooperation to promote among your King Scout colleagues is very much appreciated.

Thank you!

Yours in King Scout Brotherhood,

AHMED TARIQ DATUK ARIPEN
Protem Chairman


CLICK HERE FOR Promotional PPRMCS AGM Video!!


No comments:

Post a Comment